Saturday, July 7, 2012

Petua Kecantikan Semula Jadi (HOME MADE punyerrrr)

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia... Salam blogger..hihi... ok, pada hari ni, atie nak share pada semua pasal petua kecantikan yang boleh dibuat di rumah anda sendiri...tanpa perlu nak beli masker dekat watson yang mahal2 tu..heee...

Sebenarnya atie tertarik dengan petua-petua yang dikongsi oleh kawan atie..nama dia Vda Evira...and also atie ada jugak terbaca dalam surat khabar lama artikel Harian Metro, Khamis 16 Feb 2012 masa kemas rumah tadi..diorang share tentang khasiat buah-buahan, sayur and what so everrr!!!(nanti baca kat bawah) keratannya atie masih simpan kat rumah nie, x jadi nak buat lapik potong buah..haha..


Buat masa nie, petua nie atie share khas untuk korang yang inginkan kulit cantik dan bebas dari jerawat dan berminyak.. Muka atie pon xlah lawa sangat kan, tapi bebas jerawat.hehehehe...
Tapi yang paling penting, untuk kekalkan muka cerah bersinar kita kena bangun sebelum matahari naik...baru bawah mata x hitam.. Then lagi 1, ambil air sembahyang untuk kekalkan kulit tetap tegang dan bebas cela..



TOMATO : Mampu menjadikan kulit lebih halus dan merona merah.. wahhh!!comel mcm kawan saya jaja.. :) siapa yang taknak kulit cantik kan??
Cara Membuatnya : Potong tomato dan gosok perlahan pada wajah..Isinya boleh diambil dan disapu sebagai masker di muka selama 30 minit..


KACANG KUDA : Sesuai untuk semua jenis kulit..bila habis pakai, muka gerenti licin dan lebih putih..
Cara membuatnya : kisarkan kering-kering dan bila siap, ambil sedikit air dan campur..buat macam slalu pakai masker 2..heee


SENGKUANG : sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mampu melembap dan menegangkan kulit...
Cara Membuatnya: Cuci dan kupas sengkuang. masukkan ke dalam pengisar, kisar hingga halus.. Campurkan madu sedikit serta perahkan air limau nipis. Lumur dekat muka lebih kurang 30 minit. Bersihkan muka dengan air biasa.Lakukan 2 minggu dan lihat je muka korang nanti.. ^_^


KENTANG : Dapat melambatkan proses penuaan (x caye pegi tanya kawan saye laa :P )... Ia mampu melembap dan menegangkan kulit. Bagi orang yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, masker kentang sesuai untuk kulit mereka..
Cara Membuatnya: Buang kulit, kisar sampaiiiiiii halusssss...Sapu pada kulit terutama bahagian yang berjerawat 2 kali seminggu selama 30 minit.. dan cuci ngan air suam.. :)

BETIK : Selain sedap dimakan, ia mampu mencegah kedutan dan menanggalkan sel kulit mati.. Sesuai untuk semua kulit terutama kulit yang berjerawat..
Cara Membuatnya : Lenyek betik sampai halus, then campurkan air mawar sikit dan sapu pada wajah 30 minit.. Cuci bersih dan lakukan 2 kali seminggu.


PISANG : Mengatasi masalah kedutan kulit.. Kulit wajah akan nampak lebih lembap dan tegang..
Cara Membuatnya : Ambil pisang dan lenyek isinya.. Pada pisang yang hancur tuh, tambah minyak zaitun or madu.. Sapu pada wajah dan biar selama 30 minit.. Bersihkan wajah anda dengan kapas dibasahi air suam..


AVOKADO : Bukan saja dapat menurunkan paras kolesterol dalam badan tapi ia juga melembapkan kulit dan sesuai untuk kulit kering..
Cara Membuatnya : Hancurkan isi buah avokado kemudian sapu pada wajah anda selama 30 minit. Bilas dengan air suam.. :)

Thats all from me.. SHARING IS CARING RIGHT???

HAVE FUN DOING IT!! :)

with love,
Atie Zainudin








3 comments: