Tuesday, May 29, 2012

Subuh Sudah Tiba.

Huuwarggghhh!!!tak boleh tido malam tadi. Yela,camne nak tido,tiba2 je rasa meremang bulu tengkuk dan tangan nie. itu takpe lagi,tiba2 rasa ada orang raba dari leher sampai ke pinggang. Mak aih!!apa lagi nak ditunggu..BUKAK LAMPU!!! bila dah bukak,takda sape pon yang raba. Angah pon sedang sedap tido(mimpi nak kawin letew).. so saya pon bukak la ayat Kursi. Ulang 5 hingga 6 kali jugak la malam tadi..Alhamdulillah,xda ape yang berlaku,cuma dengar bunyi bising2 je(pinggan macam ditolak)alaa,biase la tu..tikus dok geledah rumah.
dah sepanjang malam saya online,cari idea untuk update blog, akhirnya kena berhenti di sini(sudahla tu atiqah,bawak2 la sembahyang)so, stakat nie jela post terbaru saya. jomlah kita bangun and sembahyang. sembahyang kan tiang agama. 'SEMBAHYANGLAH KAMU DI BELAKANG IMAM, SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN DI HADAPAN IMAM"

KeNaPa AqU TaK PerNaH PaKaI KeTaT-keTat Pe BaGai..

kalau dulu time sekolah2 aku teringin jugak nak pakai ketat-ketat jeans skinny baju nampak dada (maigod) yolah kan bile tengok kawan2 semua berfesyen aku pun tak nak kalahlah kan tapi disebabkan family feeling-feeling ustazah semuanya *hohoho! aku nak pakai tshirt singkat tak boleh nak pakai jeans *hoiiii kaki tu bila pakai jeans nampak macam labu je* serius memang stress..... krisis identiti lah katakan hehehe!
pernah kot mase tu aku nak keluar pergi mane entah... air terjun kot? time tu aku curi2 pakai tshirt jeans ketat gile b*ntot tu tak payah cakaplah memang nampak kaw-kaw huhuhu! tapi sebab tengok kawan semua up-to-date (masalah jeles......ke?) aku berani jugak pakai walau aku tahu kalau parents nampak ni memang boleh jadi kes bunuh anak kot pastu Allah nak tunjuk memang betul mak aku nampak tapi mase tu aku dah masuk dalam kereta dah mak panggil pun aku boooo layan je.... yg penting aku dah buat ape yg aku nak selama ni (jangan ikut perangai ni ye kawan2)
disebabkan peristiwa tu mak aku nangis sebab aku langsung tak ikut cakap dia nak ikut kefalehotak sendiri je nasib baik tuhan tak turun bala je mase tu kalau tak kena rogol ke kena gangguan seksual ke kite tak tahu kan nauzubillah...........
so bila makin dewasa *ececece* baru aku faham kenape kite tak boleh pakai seksi-seksi yelah walau tak berlaku depan mata sendiri akibatnya tapi dalam paper kes rogol kes berebut teman lelaki (perlu ke) berlambakkkkkkk! kat sekolah lagilah hari2 ustaz pesan kite wajib menutup aurat sebab aurat tu maruah kite tapi disebabkan faktor persekitaran agama2 semua tu kite tolak ke tepi ye dakkk?? yg penting kite mesti up-to-date barulah tak nampak kekampungan pastu cepat dapat pakwe erkkkkk. NOT GOOD!
sekarang alhamdulillah my parents suka dengan penampilan aku sekarang takdelah nak pot pet macam zaman budak2 dulu ngeh ngeh. tetap pakai jeans tapi pakai baju labuhlah kan alaaaa dress macam remaja2 pakai sekarang hehehe! sampaikan sekarang aku dah tak selesa nak pakai dedah2 singkat2 sangat sebab dah diajar dari dulu so thanks you mak abah kalau aku tak tinggal dengan diorang sejak kecil tak tahulah penampilan aku camane sekarang.... pakai legging mungkin? (macam labu) ops ops..
dan insyaAllah kalau ada anak nanti aku akan didik anak aku pakai sopan2 =) doa2kan eh? sama-samalah kite jadi muslimin yg baik aminnnnnn.
thanks for reading.. :)

~wasiat~

Mandikan aku dengan kesyukuran agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan. Kafankan aku dengan keinsafan agar dapat aku sucikan segala dosa silam. Solatkan aku dengan ketenangan agar dapat aku tidur di kubur senang lenang. Usungkan aku dengan kekuatan agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan. Tanamkan aku dengan kecintaan agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam. aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri aku sudah tiada lagi di dunia ini hidup aku sangat singkat ya, hidup manusia sangat singkat aku malu sepanjang hidup aku jarang sekali aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti aku diberi banyak kelebihan tapi aku riak, aku bangga, aku sombong, aku bongkak aku malu sepanjang hidup aku tidak pernah aku insafi segala dosa yang aku lakukan baik dalam gelap mahupun terang aku buka juga aib dosaku pada umum segan tiada ahh.. insaf jauh sekali aku malu sepanjang hidup aku ketenangan bagiku hanya satu perkataan yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku aku dikenali kekadang aku disanjung tinggi tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku apa yang aku cari-cari dalam hidupku yakni ketenangan di hati aku malu sepanjang hidup aku sungguh aku sentiasa lemah telah rebah tunduk tanda tiada kekuatan di hati bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik aku amati rapi sehingga lemas dalam lautan maksiat keji aku malu sepanjang hidup aku perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb aku curahkan pada makhluk yang aku tahu tidak kekal abadi aku sanjung meraka itu aku cinta manusia ini aku lupa akan Allah adalah cinta sejati jika aku punya masa lagi aku tidak perlukan wasiat ini akan ku lakukan itu semua dengan sendiri tapi semua itu tiada guna sudah terlambat untuk suatu penyesalan aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam wasiat itu bukan untukku tetapi buat teman yang dipilih olehNya mempunyai hidup yang panjang sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu sebelum wasiat itu bertukar tangan kerana pada saat itu wasiat hanya akan bertukar penyesalan..
.......................................
Assalamualaikum wbt.....
dah lama saya tak update blog saya nie..banyak je benda yang nak di share, tapi tak ada mood nak tulis..maklum sajalah,saya nie bukannya seorang blogger pon..tak reti nak tulis-tulis ayat pe bagai..Tapi hari nie saya nak share pasal wasiat saya,walaupun saya tak lah alim sangat, tapi cukuplah sekadar beri pengajaran pada diri saya sendiri..Walaupun apa yang saya share xlah sehebat alim ulama` tapi cukuplah bagi saya sebagai insan yang kerdil,yang takut pada hari kematian..Saya sentiasa berdoa semoga diberikan umur yang panjang kerana masih terlalu sedikit bekalan yang boleh menjamin saya mendapat 'kerusi' di syurgaNya. Tetapi jika kata ajal saya sekarang, saya berdoa semoga dimatikan dalam keadaan beriman dan semoga lafaz terakhir yang keluar dari bibir saya adalah Kalimah Syahadah. Harap anda pun begitu juga. Sentiasalah ambil iktibar dari apa-apa yang telah berlaku di sekeliling kita. Allahuakhbar... peace ^_^