Tuesday, May 29, 2012

~wasiat~

Mandikan aku dengan kesyukuran agar dapat aku sentiasa berterima kasih kepada Tuhan. Kafankan aku dengan keinsafan agar dapat aku sucikan segala dosa silam. Solatkan aku dengan ketenangan agar dapat aku tidur di kubur senang lenang. Usungkan aku dengan kekuatan agar dapat aku tempis segala bisikan syaitan. Tanamkan aku dengan kecintaan agar dapat aku curahkannya kepada Pencipta alam. aku sudah tidak punya masa untuk lakukan itu semua sendiri aku sudah tiada lagi di dunia ini hidup aku sangat singkat ya, hidup manusia sangat singkat aku malu sepanjang hidup aku jarang sekali aku bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang diberi sebanyak infiniti aku diberi banyak kelebihan tapi aku riak, aku bangga, aku sombong, aku bongkak aku malu sepanjang hidup aku tidak pernah aku insafi segala dosa yang aku lakukan baik dalam gelap mahupun terang aku buka juga aib dosaku pada umum segan tiada ahh.. insaf jauh sekali aku malu sepanjang hidup aku ketenangan bagiku hanya satu perkataan yang tidak pernah hadir dalam kitab hidupku aku dikenali kekadang aku disanjung tinggi tetapi itu semua tidak dapat memberikan aku apa yang aku cari-cari dalam hidupku yakni ketenangan di hati aku malu sepanjang hidup aku sungguh aku sentiasa lemah telah rebah tunduk tanda tiada kekuatan di hati bisikan syaitan yang hanya sekadar bisik aku amati rapi sehingga lemas dalam lautan maksiat keji aku malu sepanjang hidup aku perasaan cinta yang dikurniakan oleh Rabb aku curahkan pada makhluk yang aku tahu tidak kekal abadi aku sanjung meraka itu aku cinta manusia ini aku lupa akan Allah adalah cinta sejati jika aku punya masa lagi aku tidak perlukan wasiat ini akan ku lakukan itu semua dengan sendiri tapi semua itu tiada guna sudah terlambat untuk suatu penyesalan aku juga sudah tahu kesudahanku di neraka jahanam wasiat itu bukan untukku tetapi buat teman yang dipilih olehNya mempunyai hidup yang panjang sediakanlah bakal jenazah teman dengan wasiat itu sebelum wasiat itu bertukar tangan kerana pada saat itu wasiat hanya akan bertukar penyesalan..
.......................................
Assalamualaikum wbt.....
dah lama saya tak update blog saya nie..banyak je benda yang nak di share, tapi tak ada mood nak tulis..maklum sajalah,saya nie bukannya seorang blogger pon..tak reti nak tulis-tulis ayat pe bagai..Tapi hari nie saya nak share pasal wasiat saya,walaupun saya tak lah alim sangat, tapi cukuplah sekadar beri pengajaran pada diri saya sendiri..Walaupun apa yang saya share xlah sehebat alim ulama` tapi cukuplah bagi saya sebagai insan yang kerdil,yang takut pada hari kematian..Saya sentiasa berdoa semoga diberikan umur yang panjang kerana masih terlalu sedikit bekalan yang boleh menjamin saya mendapat 'kerusi' di syurgaNya. Tetapi jika kata ajal saya sekarang, saya berdoa semoga dimatikan dalam keadaan beriman dan semoga lafaz terakhir yang keluar dari bibir saya adalah Kalimah Syahadah. Harap anda pun begitu juga. Sentiasalah ambil iktibar dari apa-apa yang telah berlaku di sekeliling kita. Allahuakhbar... peace ^_^

No comments:

Post a Comment